Lagu Negeri Sabah

Lagu Negeri Sabah ini merupakan lagu rasmi bagi negeri Sabah dan merupakan lagu patriotik untuk menanam rasa semangat berkerjasama dan bersatu padu dikalangan masyarakat negeri Sabah.

LAGU NEGERI SABAH

Tajuk Lagu : Sabah Tanah Airku
Ciptaan : H.B. Hermann

Sabah Tanah Airku
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi Semua Marilah
Bangunlah Bersatu Semua

Matilah Bersama Serta Maju Jaya
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu Segala Bangsa Sentosa
Sabah Negeri Merdeka

Lagu Negeri Sabah yang bertajuk 'Sabah Tanah Airku' ini merupakan lagu rasmi bagi negeri Sabah. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu patriotik yang menanam rasa cinta kepada negeri Sabah dan semangat kerjasama serta bersatu padu untuk menuju kemajuan dan kejayaan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Sabah.

Lagu Rasmi Negeri Sabah adalah lagu hasil ciptaan H.B. Hermann iaitu seorang pemain biola profesional dari Jalan Geylang, Singapura (penduduk Singapura) yang telah memenangi pertandingan mencipta lagu untuk negeri Sabah pada 16 Mei 1963. Lagu ini telah kemudiannya telah dipilih oleh Kerajaan Sabah untuk dijadikan lagu rasmi Sabah. 

Pada 18 Julai 1963, lagu ini telah mula disiarkan di mana-mana pusat penyiaran, dan lagu ini juga tetap dijadikan lagu rasmi negeri Sabah setelah kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 16 September 1963.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan