Lahad Datu

Lahad Datu merupakan salah sebuah daerah yang terletak di sebelah Pantai Timur Negeri Sabah. Lahad Datu adalah salah satu daerah yang termasuk di dalam Bahagian Tawau, Sabah

LAHAD DATU



Lahad Datu adalah bandar ketiga terbesar di Pantai Timur Sabah yang mempunyai bilangan penduduk kira-kira 200 ribu orang yang terdiri daripada suku kaum Dusun, Idahan, Bajau, Suluk, Bugis, Timor, Jawa dan Kagayan.

Nama Lahad Datu dikatakan diambil dari bahasa Bajau iaitu perkataan 'Lahad' membawa maksud 'Tempat' manakala perkataan 'Datu' pula membawa maksud 'Orang Kenamaan' kerana dikatakan ramai golongan kenamaan (Datu) yang berasal dari Sulu berhijrah ke sini sekitar tahun 1879.


Daerah Lahad Datu mempunyai keluasan kawasan kira0kira 6500 km persegi yang menjadikan Lahad Datu antara penyumbang kepada ekonomi bagi negeri Sabah kerana kawasannya yang banyak dijadikan atau diusahakan sebagi kawasan industri perladangan seperti tanaman kelapa sawit, kelapa kering, koko dan getah.

Walaupun kebanyakkan kawasan Lahad Datu telah dijadikan sebagai kawasan perladang namun terdapat juga beberapa tempat menarik yang masih dipelihara dan dijadikan kawasan untuk tarikan pelancong ke daerah ini. Antara tempat menarik di Lahad Datu adalah :

01. Lembah Danum
02.Taman Hidupan Liar Tabin
03. Menara Kayangan

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan