Lembah Danum

Lembah Danum merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam daerah Lahad Datu iaitu lebih kurang jaraknya 80 km dari Pusat Bandar Lahad Datu, Sabah.

LEMBAH DANUM


Sumber Gambar : Wikipedia



Lembah Danum merupakan salah satu tempat menarik di Lahad Datu. Ia terletak kira-kira 80 km (sekitar 4 jam perjalanan) dari bandar Lahad Datu dan hutan ini menjadi salah satu tarikan paling diminati oleh pelancong dari luar negara yang datang melancong ke Sabah kerana hutan ini adalah hutan tertua di negeri ini yang mempunyai pelbagai jenis hidupan flora dan fauna. Lembah Danum merupakan kawasan Hutan Simpan Kelas 1 yang diurus dan dijaga oleh Pengurusan Hutan di bawah seliaan Yayasan Sabah.

Kawasan Permuliharaan Lembah Danum juga telah diiktiraf sebagai salah satu ekosistem yang paling kompleks di dunia serta merupakan hutan tertua di Sabah. Di hutan kawasan pemuliharaan ini juga terdapatnya salah satu pokok tropika yang tertinggi di dunia iaitu dengan ketinggian 100.8 meter, dan pokok ini adalah dari spesis pokok Meranti Kuning atau nama saintifiknya Shorea faguetiana.


Kawasan Lembah Danum juga berfungsi sebagai tempat kediaman pelbagai spesis flora dan fauna termasuklah hidupan liar yang seperti Orang Utan, Gajah, Monyet, Badak Sumbu, 300 lebih spesis burung, dan lain-lain lagi. Pengunjung yang datang ke Lembah Danum akan berpeluang melawat tapak perkuburan purba yang masih lengkap dengan keranda yang diperbuat daripada kayu belian. Selain itu pengunjung juga dapat berjalan di laluan kanopi dengan ketinggian lebih kurang 30 meter.

Di sini terdapat beberapa kemudahan seperti penginapan atau chalet yang disediakan oleh pihak Borneo Rainforest Lodge. Chalet-chalet yang ada di sini boleh dikatakan cantik dan memenuhi keselesaan pengunjung yang bermalan di sini. Terdapat lebih kurang 30 chalet yang ada di sini.

Oleh kerana lokasi Lembah Danum ini yang agak jauh dari bandar Lahad Datu, dan dengan jalannya yang tidak berturap, kawasan hutan yang tebal, tentu tidak sempat untuk pergi dan balik dalam sehari, jadi pengunjung yang boleh bermalam di Chalet Borneo Rainforest Lodge 

Sebelum ke Lembah Danum, pengunjung hendaklah mendapatkan permit kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Yayasan Sabah dan buat tempahan (booking) terlebih dahulu. Untuk lebih memudahka pengurusan pengurusan perjalanan pergi dan balik anda boleh menghubungi terus pihak pengurusan Lembah Danum (Borneo Rainforest Lodge), atau melalui mana-mana ejen pelancongan yang berdaftar untuk mendapatkan pakej pelancongan.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan