Linapod

Linapod atau juga dikenali sebagai linopot merupakan salah satu makanan tradisional di negeri Sabah. Makanan ini adalah makanan tradisi dan popular bagi suku kaum Dusun di Sabah.

LINAPOD



Linapod atau juga disebut Linopot merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia adalah makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun yang juga merupakan makanan tradisi turun temurun sehingga ke hari ini. Linapod dalam bahasa suku kaum Kadazan-Dusun bermaksud 'Pembungkus'. Linopot merupakan makanan berupa nasi yang dibungkus ketat dengan menggunakan daun bersaiz besar iaitu biasanya seperti daun terap atau daun doringin.

Hidangan ini biasanya diperbuat daripada nasi putih yang akan dibungkus bersama-sama bahan lain seperti keladi atau goul, labu manis, ubi kayu, ikan bilis dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga boleh dimakan bersama sayur tumis dan ikan kering agar dapat menambahkan lagi perisanya.


Secara tradisinya padi yang biasa digunakan dalam membuat hidangan ini ialah dengan menggunakan padi bukit kerana pada masa dahulu kebanyakkan penduduk adalah yang berkerja sebagai petani dan ada yang menanam padi bukit. Mereka kemudiannya membuat hidangan ini untuk dijadikan bekal ketika pergi kerja sepeti di ladang, sawah atau sebagai nelayan.

Penggunaan daun terap atau doringin untuk membungkus hidangan ini adalah ianya menyebabkan nasi yang telah dibungkus bersama bahan-bahan lain tadi akan mengeluarkan bau harum yang semulajadi. Nasi yang dibungkus adalah yang masih panas supaya daun yang digunakan menjadi lembut dan senang untuk dilipat. Nasi tersebut juga akan dimampatkan sebelum diikat dengan rapi agar tidak tumpah semasa perjalanan.

Nasi ini lebih sedap dimakan bersama dengan beberapa makanan lain seperti Tuhau, Jeruk Bambangan, Bosou, dan lain-lain lagi mengikut selera masing-masing. Hidangan ini juga dikatakan mempunyai beberapa khasiat seperti dapat menyeimbangkan berat badan atau diet dan menurunkan kandungan kolestrol dalam badan.

Nota :
1. Pastikan daun yang digunakan telah dibersihkan terlebih dahulu
2. Buka perlahan-lahan ketika hendak makan agar tidak tumpah
3. Boleh guna padi biasa untuk masak nasi tersebut

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan