Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park adalah salah sebuah tempat menarik di Sabah. Taman hidupan liar ini terletak di Putatan, iaitu jaraknya lebih kurang 25 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

LOK KAWI WILDLIFE PARK

Sumber Gambar : Wikimedia

Sumber Gambar : Wikimedia


Sumber Gambar : Sabahtourism

Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Kinabalu. Taman Hidupan Liar ini terletak dalam daerah Putatan iaitu kira-kira 25 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu Sabah. Taman ini telah dibuka oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah pada 17 Februari 2007 yang menempatkan pelbagai jenis hidupan liar

Taman ini sesuai untuk percutian seisi keluarga ketika cuti umum atau ketika hujung minggu. Di sini pengunjung berpeluang berjalan di kawasan hutan (jungle trekking) sejauh 1km sambil melihat hidupan liar dan juga Taman Botani. Antara hidupan liar yang anda boleh lihat di sini adalah seperti :
01. Orang Utan
02. Gajah
03. Burung Unta
04. Ular
05. Buaya
06. Harimau
07. Beruang
08. Monyet


Terdapat lagi haiwan-haiwan lain yang tidak ada dalam senarai di atas, dan ia dianggarkan mempunyai lebih daripada 50 spesis hidupan liar yang ada di taman ini. Di sini anda juga akan dapat melihat cara haiwan liar diberikan makanan. Selain hidupan liar pengunjung juga berpeluang melihat beberapa rumah tradisional etnik di Sabah.

Kalau anda tidak kuat untuk berjalan sejauh 1km, tidak perlu risau sebab anda boleh juga menaiki pengangkutan yang disediakan di taman ini yang bentuknya seperti kereta api. Kemudahan lain yang ada di taman ini adalah seperti :
1. Tandas
2. Tempat letak kereta
3. Kedai cenderamata

Untuk ke taman ini pengunjung boleh menaiki teksi dari pusat bandar Kota Kinabalu atau menaiki perkhidmatan e-hailing  yang lain. Selain itu and juga boleh memandu kenderaan sendiri ke sini, kalau tiada kenderaan boleh juga cari kereta sewa untuk pandu sendiri (yang penting anda ada lesen).


Anda sebaiknya makan terlebih dahulu sebelum ke sini atau boleh membeli makanan dan bawa ke sini kerana tidak ada kedai makanan yang disediakandi taman ini.

Waktu operasi :
Isnin - Ahad : 9.30 pagi - 5.30 petang
(Termasuk cuti umum)

Bayaran masuk :  
Warganegara dewasa : RM10.00
Warganegara kanak-kanak : RM5.00
Bukan warganegara dewasa : RM20.00 
Bukan warganegara kanak-kanak : RM10.00

Nota :
Kalau berjalan di kawasan taman ini pastikan anda tidak masuk ke jalan yang telah diletakkan tanda TUTUP . Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada terserempak dengan haiwan liar.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan