Membakut

Membakut adalah sebuah pekan yang terletak di Bahagian Pedalaman Sabah dan berada dibawah pentabiran daerah Beaufort. Membakut terletak kira-kira 70 km dari bandar Kota Kinabalu.

MEMBAKUT



Membakut merupakan salah sebuah daerah/pekan yang terdapat di Sabah. Pada asalnya ia merupakan sebuah perkampungan kecil yang didiami oleh suku kaum Melayu-Brunei yang tinggal di tebing-tebing sungai. Sekitar tahun 1898 British telah masuk ke kawasan ini dan memulakan pentadbiran mereka di bawah Kerajaan North Borneo British. 

Nama daerah ini dikatakan pada asalnya hanya disebut dengan nama 'Bua'. Nama itu kemudian telah ditukar kepada Membakut yang mana perkataan 'Bakut' membawa maksud 'Kota' manakala bagi 'Mem' pula ia adalah diambil dari kata perbualan harian yang apabila digabungkan menjadi Membakut yang membawa maksud 'Membuat Kota'.


Daerah Membakut mempunyai keluasan kawasan kira-kira 132 km persegi dan mempunyai bilangan penduduk lebih kurang 25 ribu orang. Penduduk di daerah Membakut kebanyakkannya menjalankan aktiviti utama mereka dalam bidang pertanian iaitu dengan menanam padi, koko dan kelapa sawit. 

Selain pertanian, sebilangan penduduk Membakut juga menjalankan aktiviti penternakan yang mana ia banyak dijalankan oleh orang perseorangan dan dibantu oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dari segi bantuan teknikal dan subsidi agar penternak dapat menghasilkan pengeluaran hasil ternakan yang bermutu tinggi.

Tidak banyak tempat menarik yang terdapat di daerah Membakut. Antara tempat menarik di daerah kecil Membakut ini adalah :

01. Kampung Brunei
02. Air Terjun Bangangan
03. Klias River Cruise
04. Klias Wetland

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan