Menara Kayangan

Menara Kayangan merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini terletak di dalam daerah Lahad Datu Sabah, iaitu lebih kurang jaraknya 10 km dari Pusat Bandar Lahad Datu.

MENARA KAYANGAN

Sumber Gambar : Wikimedia

Sumber Gambar : Wikimedia

Menara Kayangan adalah salah sebuah tempat menarik di Lahad Datu, Sabah. Menara ini telah siap dibina pada tahun 2011 dan dibuka untuk kunjungan orang ramai pada tahun 2012. Menara Kayangan ini mempunyai ketinggiann 33 meter dan dibina diatas Gunung Silam yang setinggi 880 meter dari aras laut.

Menara ini terletak di dalam Hutan Simpan Sapagaya dan dibina menghadap ke arah Pulau Teluk Darvel yang mana mempunyai pemandangan laut yang indah dan di sini juga anda akan dapat melihat bandar Lahad Datu. 
Menara Kayangan yang menyajikan pemandangan cantik serta indah dan udara yang segar sememangnya memberi tarikan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke sini apabila berkunjung ke Lahad Datu.


Di Bukit Silam ini juga pengunjung berpeluang untuk melihat spesis ketam yang berwarna jingga-merah yang dikenali sebagai Geosesarmaaurantium Ng. Dikatakan spesis ini hanya terdapat di Gunung Silam dan ia adalah jenis ketam darat yang boleh ditemui di ketinggian seperti Gunung Silam.

Jangan risau sebab di sini juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan, antaranya seperti rumah untuk tetamu, tapak untuk perkhemahan dan restoran, jadi kalau anda lupa bawa makanan dan terasa lapar boleh beli saja makanan di restoran yang ada di sini.

Untuk ke sini pengunjung sebaiknya menaiki kereta sendiri atau kalau tidak ada kereta sendiri bolehlah menyewa kenderaan (yang penting anda ada lesen memandu). Ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda dari tempat ini.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 4.30 petang

Bayaran masuk :
Warganegara Dewasa : RM5.00
Warganegara Kanak-kanak : RM3.00
Bukan Warganegara Dewasa : RM15.00
Bukan Warganegara Kanak-kanak : RM7.00

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan