Monsopiad Cultural Village

Kampung Budaya Monsopiad (Monsopiad Cultural Village) merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Kampung Budaya ini terletak di Penampang iaitu 15 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

MONSOPIAD CULTURAL VILLAGE


Sumber Gambar : Wikimedia

Monsopiad Cultural Village adalah salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dikunjungi oleh penduduk tempatan atau pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Negeri Sabah. Perkampungan budaya ini terletak di daerah Penampang, iaitu lebih kurang 15 km atau 22 minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Nama perkampungan budaya ini dikatakan diambil bersempena nama seorang pahlawan Kadazan pada masa dahulu iaitu Monsopiad.

Di sini pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan dan anda juga akan dapat melihat bagaimana cara kehidupan budaya Monsopiad pada masa dahulu seperti makanan mereka, senjata, dan aktiviti harian mereka seperti tarian tradisional, menyumpit, memarut sagu dan lain-lain lagi. Selain itu anda juga akan diperdengarkan dengan cerita mengenai pahlawan mereka iaitu lagenda Monsopiad yang amat disegani.



Selain itu di sini juga anda akan berpeluang melawat sebuah rumah yang di sebut 'House Of Skull' yang mana di rumah ini ada menempatkan lebih kurang 42 tengkorak kepala manusia yang dikatakan adalah tengkorak musuh yang telah dikalahkan oleh Monsopiad. Sekiranya anda ingin melawat ke rumah ini sebaiknya anda beritahu terlebih dahulu dengan petugas yang ada di sini sebab biasanya sebelum anda memasuki rumah ini terapat beberapa peraturan yang akan diterangkan oleh petugas di sini.

Pengunjung yang ingin berkunjung ke Kampung Budaya Monsopiad ini boleh menaiki kereta sendiri, kalau tidak ada kereta sendiri boleh juga untuk menyewa kenderaan di Kota Kinabalu (yang penting anda ada lesen memandu). Selain itu anda juga boleh menaiki bas yang terletak dekat dengan Wawasan Plaza di pusat bandar Kota Kinabalu yang menuju ke Penampang, pastikan juga memberitahu pemandu atau pembantu bas di mana anda ingin diturunkan, tetapi biasa bas akan lambat sedikit sebab akan menunggu penumpang penuh baru mereka akan bergerak. Pilihan lain adalah dengan menaiki teksi tetapi dengan kadar tambang yang lebih tinggi atau menaiki perkhidmatan e-hailing yang lain.


Waktu Operasi :
Setiap hari : 9 pagi - jam 5 petang

Waktu persembahan adalah :
Sekitar jam 9 pagi, 11 pagi, 2 petang dan 4 petang

Sekiranya anda ingin datang ke sini dan melihat persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh petugas di sini sebaiknya anda atur masa sebaik mungkin mengikut waktu seperti yang tertera di atas.

Bayaran masuk :
Warganegaradewasa : RM45.00
Warganegara kanak-kanak (7-12 tahun) : RM25.00
Warganegara (Warga Emas) : RM40.00
Bukan warganegara dewasa : RM55.00
Bukan warganegara kanak-kanak (7-12 tahun) : RM25.00
Bukan Warganegara (Warga Emas) : RM50.00

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Monsopiad Cultural Village di alamat seperti berikut :

Alamat :
Monsopiad Heritage Village Sdn. Bhd,
Kg.Kuai/Kandazon, Penampang,
P.O.Box 153, Tanjung Aru, 89458
Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon : +601114196484
Website : www.monsopiad.com

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan