Mostyn

Mostyn merupakan salah satu tempat menarik di Kunak. Tempat ini terletak di dalam sebuah ladang kelapa sawit dan dibawah penjagaan pihak pengurusan ladang Sime Darby.

MOSTYN

Kredit Gambar : Sabah

Kredit Gambar : Sabah

Kredit Gambar : Sabah

Mostyn merupakan tempat menarik yang terdapat di daerah Kunak. Kawasan ladang Mostyn ini mempunyai 3 tempat menarik yang sememangnya menjadi tarikan kepada para pengunjung yang datang ke daerah Kunak. Dengan ada 3 tempat menarik ini, akan dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk melancong ke daerah Kunak walaupun ia adalah satu daerah yang kecil

Antara tempat menarik yang terdapat di Mostyn ialah Teropong Jepun yang mana ianya dikatakan telah dibina pada masa Perang Dunia Kedua. Terowong ini bawah tanah ini mempunyai kepanjangan 8 km dan terdapat empat cabang. Terowong ini juga dikatakan digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan untuk penangkutan yang membawa peralatan perang.


Tempat menarik kedua di kawasan Mostyn ini adalah terdapatnya kawasan kelapa sawit yang dianggap tertua di kepulauan Borneo. Bahagian kawasan kelapa sawit tertua ini mempunyai keluasan 2 hektar dan di tanam pada tahun 1957. Apa yang menariknya walaupun sudah ditanam begitu lama namun pokok-pokok ini masih dapat mengeluarkan hasil kelapa sawit, dan sehilngga kini dianggarkan terdapat kira-kira 90 lebih batang pokok yang masih ada.   

Tempat menarik ketiga adalah adanya Tasik Impian. Di kawasan Mostyn ini juga terdapatnya Tarik impian yang begitu cantik serta bersih. Tasik ini sesuai untuk rekreasi seisi keluarga.

Ladang Mostyn ini terletak kira-kira 12 km dar pekan Kunak dan Untuk datang ke Mostyn ini pengunjung atau pelancong boleh menghubungi mana-mana syarikat pelancongan yang berdaftar agar dapat memudahkan segala perjalanan dan pengurusan kebenaran untuk masuk ke ladang Mostyn.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan