Mount Kinabalu

Gunung Kinabalu merupakan salah satu tempat menarik di Sabah dan yang paling popular. Gunung Kinabalu terletak di dalam daerah Ranau Sabah dan merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia.

GUNUNG KINABALU


Credit Gambar : Muzium Sabah



Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan juga tertinggi di Asia Tenggara iaitu dengan ketinggian 4095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu terletak di dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 80 km atau 2 jam perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu. Gunung Kinabalu mempunyai 7 puncak tertinggi iaitu Puncak Low, Puncak St. John, Puncak Oyayubi, Puncak Kakak Buruk, Puncak Raja Edward, Puncak Telinga Keldai dan Puncak Tunku Abdul Rahman.

Pada tahun 1851, Gabenor British di Labuan iaitu Hugh Low dan seorang penunjuk jalan dari etnik Dusun telah cuba untuk mendaki gunung ini namun ianya tidak berjaya dan mereka merasakan bahawa puncak ini hanya boleh dicapai oleh haiwan yang mempunyai sayap saja. Kemudian pada tahun 1858 Hugh Low sekali lagi mencuba untuk mendaki gunung ini bersama seorang Konsul dari Brunei iaitu Spenser St. John, namun tidak juga berjaya.


Pada tahun 1888, puncak Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara akhirnya dapat ditawan oleh seorang zoologi British iaitu John Whitehead. Manakala wanita pertama yang sampai di puncak gunung ini adalah Lilian Suzette Gibbs pada 24 Februari 1910 yang mana pada ketika itu beliau telah mengetuai ekpedisi penyelidikan botani ke Gunung Kinabalu.

Sebelum mendaki bukit ini, adalah sebaiknya anda membuat persediaan dari segi stamina dan kesihatan serta barang-barang yang perlu di bawa agar memudahkan perjalanan dan pendakian anda ke bukit ini. Antara persiapan yang mungkin boleh anda buat adalah seperti :

Persediaan mendaki :

01. Pakai pakaian sesuai
02. Cermin mata hitam
03. Payung atau topi
04. Air minum
05. Makanan ringan
06. Kamera/video kamera
07. Pen dan buku nota (jika perlu)
08. Tisu lap keringat
09. Pakai kasut
10. Bawa tongkat/working stick
11. Baju hujan
12. Ubat peribadi

Sekiranya anda ingin mendaki gunung ini adalah lebih baik anda pastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik. Ini adalah bagi mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa anda mendaki dan sekiranya ada penyakit bolehlah minta nasihat daripada doktor terlebih dahulu untuk memastikan anda boleh mendaki gunung ini ataupun sebaliknya. Antara tahap kesihatan yang mungkin anda beri pertahuan dan pertimbangkan sebelum mendaki adalah seperti :

Kesihatan pendaki :

01. Tidak demam dan selsema
02. Tiada darah tinggi
03. Tiada kencing manis
04. Tiada asma
05. Tiada sakit jantung
06. Sakit kronik yang lain


Pelancong atau pengunjung dari Kota Kinabalu yang ingin ke Gunung Kinabalu boleh menaiki bas express yang menuju ke Ranau. Kalau dari Sandakan atau Tawau pastikan juga bas tersebut menuju ke Ranau. Namun sekiranya anda ingin mendaki gunung ini, adalah lebih baik anda mengambil pakej sama ada pergi secara berkumpulan dengan kawan ataupun melalui ejen pelancongan tempatan yang sah berdaftar. 

Bayaran masuk Taman Negara Kinabalu :

Pelancong tempatan
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM1.00

Pelancong asing :
Dewasa : RM15.00
Kanak-kanak : RM10.00

Bayaran untuk mendaki : 

Pelancong Tempatan
Dewasa : RM50.00
Kanak-kanak : RM30.00

Pelancong Asing
Dewasa : RM200.00
Kanak-kanak : RM 80.00

Harga di atas ini adalah untuk harga seorang dan tidak termasuk bayaran urusan permit, penginapan, insuran, makan, guide, porter, sijil dan lain-lain lagi. 

Jadi biasanya orang pergi mendaki akan pergi beramai-ramai melalui persatuan, berkumpulan atau melalui ejen pelancongan tempatan (pastikan yang berdaftar) untuk memudahkan lagi urusan permit, insuran, sewa porter (untuk angkat barang anda limit 10kg), penginapan dan sebagainya.

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Taman-Taman Sabah di alamat seperti berikut :


Alamat :
Sabah Parks
Block H, Level 1-5, Lot 45 & 46
Signature Office, KK Times Square
Poskod 88100, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia.
Tel : +6088-523 500
Email : hello@sabahparks.org.my
Website : https://www.sabahparks.org.my

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan

Catat Ulasan