Noonsom

Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional penduduk negeri Sabah. Makanan ini adalah salah satu makanan yang sangat popular dan makanan tradisi suku kaum Kadazan-Dusun.

NOONSOM



Noonsom merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan hidangan istimewa dan popular bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Noonsom adalah sejenis makanan yang berupa jeruk dan biasanya ada tiga jenis iaitu Noonsom Sada yang dibuat daripada isi ikan, Noonsom Bambangan yang dibuat daripada buah-buahan seperti buah bambangan dan terakhir Noonsom Tuhau iaitu yang dibuat daripada bahan tumbuh-tumbuhan.. 

Noonsom Sada yang dibuat daripada isi ikan adalah jeruk yang menggunakan ikan air tawar. Caranya ikan tersebut perlu dibersihkan dahulu kemudian ia akan dicampurkan bersama beberapa bahan lain seperti buah pangi, nasi dan garam. Bahan-bahan ini akan dimasukkan ke dalam satu bekas dan dibiarkan (dijeruk) selama lebih kurang 1 minggu hingga 2 minggu sebelum dihidang.


Bagi Noonsom Bambangan yang dibuat daripada buah-buahan pula biasanya ia menggunakan isi daripada buah bambangan yang telah dihiris kemudian dicampurkan bersama biji buah bambangan itu sendiri yang sudah diparut dan diletakkan sedikit garam. Biasanya jeruk ini akan diletak dalam bekas atau botol yang ditutup rapat selama lebih kurang 1 minggu sebelum dihidang.

Noomsom Tuhau yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan pula biasanya ia menggunakan isi pokok tuhau iaitu sejenis tumbuhan yang dihiris halus dan dicampur bersama bahan lain seperti cuka, garam dan lada sehingga sebati untuk dijeruk. Jeruk ini tidak perlu simpan terlelau lama, ia boleh di jeruk dalam beberapa minit atau jam sebelum dihidang.

Hidangan ini merupakan makanan tambahan yang dimakan untuk menambah lagi selera ketika makan nasi dan semakin lama jeruk ini disimpan semakin sedap rasanya. Cara makan terpulang pada individu sekiranya ingin memakan terus saja ataupun ingin memanaskannya terlebih dahulu dan untuk campur bahan perisa agar dapat tambahkan lagi rasanya.

Nota :
1. Pastikan ikan tersebut telah dicuci bersih sebelum dijeruk
2. Pangi sebagai bahan pengawet agar noonsom ikan tidak busuk

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan