Papar

Papar adalah salah sebuah daerah yang terletak di sebelah Pantai Barat Sabah iaitu di dalam Bahagian Kota Kinabalu. Jarak Papar ke Kota Kinabalu adalah kira-kira 37 km atau 40 minit perjalanan.

PAPAR


Kredit Gambar : mdpapar

Papar adalah salah sebuah pekan atau pun daerah kecil yang termasuk dalam Bahagian Kota Kinabalu di Pantai Barat Sabah. Pekan Papar terletak kira-kira 38 km dari Kota Kinabalu dan merupakan lokasi perhentian terkakhir bagi perkhidmatan Keretapi Borneo Utara. Di Papar juga terdapat bangunan lama semasa penjajahan British yang masih wujud sehingga ke hari ini.

Nama Papar dikatakan berasal dari bahasa Melayu-Brunei yang mana ianya membawa maksud 'Tanah Rata' merujuk kepada kawasan daerah Papar yang mempunyai kawasan tanah yang rata serta merupakan tempat penanam padi yang terkenal di Sabah pada masa dahulu.


Sebelum tahun 1877, Papar berada dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei namun selepas itu Papar telah diberikan kepada warga British iaitu dua orang adik beradik Overback dan Dent, dan akhirnya pada tahun 1878 British telah mula mentadbir Papar di bawah pimpinan H.L Leicester yang juga pegawai British pertama yang mentadbir Papar.

Daerah Papar mempunyai keluasan kira-kira 1200 km persegi dengan jumlah penduduk pada masa kini dianggarkan hampir berjumlah 150 ribu orang dan kebanyakkan penduduk yang tinggal di daerah papar ini adalah daripada suku kaum Brunei, Bajau dan Kadazan-Dusun.

Selain Pekan Papar terdapat juga beberapa pekan kecil lain yang termasuk dalam pentadbiran dan juga seliaan daerah Papar iaitu seperti :

01. Pekan Kinarut
02. Pekan Kimanis
03. Pekan Bongawasan

Terdapat juga beberapa tempat menarik di sekitar daerah Papar yang dapat menarik pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini. Antara tempat menarik di daerah Papar adalah :

01. Pantai Beringis
02. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
03. Langkah Syabas Beach Resort
04. Hutan Lipur Kawang
05. Pulau Dinawan
06. Pantai Manis

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan