Langkau ke kandungan utama

Pesta Kalimaran

Pesta Kalimaran merupakan salah satu pesta tradisional yang terdapat di Sabah. Pesta Kalimaran adalah pesta tradisi bagi suku kaum Murut di Sabah terutamanya di daerah Tenom.

PESTA KALIMARAN



Pesta Kalimaran merupakan salah satu pesta di Sabah. Pesta ini adalah Pesta Kebudayaan bagi suku kaum Murut di Sabah yang biasanya disambut pada 31 Mac setiap tahun di Pusat Kebudayaan Murut Tenom, Sabah. Pesta ini adalah pesta yang bertujuan untuk memperkenalkan lagi cara atau kebudayaan etnik Murut dari pelbagai segi seperti kehidupan, pakaian, tarian, makanan dan lain-lain lagi.

Pesta ini telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2003 dan buat pertama kali pesta ini telah disambut pada 4 dan 5 April 2003 yang mana pada masa itu ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) dan Persatuan Murut Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah Tenom.


Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003, pesta ini tidak mempunyai tarikh yang tetap untuk di sambut, oleh itu pada tahun 2019 Kerajaan Sabah telah memutuskan untuk menetapkan tarikh sambutan pesta ini akan diadakan pada 31 Mac setiap tahun agar ianya dapat membantu pesta ini disambut dengan seragam oleh etnik Murut di seluruh Sabah umumnya.

Pesta Kalimaran merupakan cara terbaik kepada sesiapa yang ingin mengenali kebudayaan suku kaum Murut dengan lebih dekat lagi. Ini kerana p
esta ini merupakan pesta yang mempamerkan dan mempersembahkan pelbagai acara kebudayaan suku kaum Murut dari pelbagai segi.


Pesta Kalimaran juga bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke daerah Tenom dan melihat sendiri kebudayaan dan kepelbagaian kraftangan hasil tangan daripada suku kaum Murut. Selain itu, pengunjung yang datang ke pesta ini juga berpeluang untuk merasa makanan tradisi dan melihat tarian tradisional suku kaum berkenaan.

Terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dijalankan ketika berlangsungnya Pesta Kalimaran ini, dan antara acara yang diadakan adalah seperti :

01. Pertandingan rekaan pakaian tradisi Murut
02. Pertandingan Kalawon Kalimaran
03. Pertandingan reka baju kanak-kanak
04. Pertandingan Butitin Kalimaran (mencipta lagu)
05. Pertandingan Ratu Cantik Kalimaran
06. Pameran rumah tradisi kaum Murut

Banyak lagi acara-acara lain yang dilakukan ketika berlangsungnya pesta ini. Selain itu, di pesta ini juga anda akan dapat melihat cara atau demonstrasi upacara perkahwinan suku kaum Murut di Sabah.

Ulasan

  1. Sambutan tahunan Kalimaran yang dinanti-nantikan masyarakat Sabah.

    BalasPadam
  2. apakah yang di lakukan selepas perayaan kalimaran

    BalasPadam

Catat Ulasan