Pinaasakan

Pinaasakan merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan ini adalah makanan yang sangat istimewa dan juga makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah.

PINAASAKAN



Pinaasakan adalah salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan makanan kegemaran tradisi bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Pinaasakan atau 'Pinasakan' dibuat daripada isi ikan yang dicampur beberapa bahan untuk agar dapat menambahkan lagi perisa. Hidangan ini juga boleh disimpan sehingga beberapa hari mengikut keadaan.

Untuk buat hidangan ini boleh gunakan isi ikan sama ada ikan air tawar atau pun ikan laut, kerana ia terpulang kepada selera atau citarasa masing-masing yang ingin membuatnya. Yang penting isi yang digunakan adalah dari isi ikan yang masih segar agar lebih sedap untuk di makan.


Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat atau menyediakan hidangan Pinaasakan ini adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Isi ikan
02. Kunyit
03. Halia
04. Asam jawa/buah asam
05. Garam
06. Air
07. Daun pisang

Cara penyediaannya :

01. Bersihkan ikan
02. Potong/hiris ikan tersebut
03. Campurkan bahan-bahan di atas
04. Masukkan air
05. Panaskan hingga mendidih
06. Pastikan airnya sudah hampir kering
07. 
Angkat dan hidang di atas daun pisang
08. Siap untuk dimakan

Walaupun Pinaasakan merupakan makanan tradisional suku kaum Kadazan Dusun, namun kini ianya menjadi salah satu makanan yang diminati semua masyarakat di negeri Sabah.

Nota :
1. Ketika masak pastikan air tidak terlalu kering takut hangus.
2. Daun pisang diguna agar lebih sedap ketika makan
3. Pastikan daun pisang dibersihkan terlebih dahulu

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan

  1. admin ada resepi pinasakan guna tuhau..xsama ka yg ni..dia tulis pinasakan sada

    BalasPadam

Catat Ulasan