Putu

Putu juga merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Putu adalah makanan yang sangat popular dikalangan suku kaum Bajau di daerah Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, Sabah.

PUTU



Putu atau dipanggil juga dengam nama piutu merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah dan ia adalah makanan yang dibuat daripada ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya lalu dikukus. Putu atau piutu adalah makanan tradisi suku kaum Bajau yang sangat popular, terutamanya bagi mereka yang tinggal di sebelah Bahagian Pantai Timur Sabah seperti di Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan juga di Tawau.

Biasanya putu tiada rasa, cuma rasa tawar saja, oleh itu putu biasanya akan dimakan bersama hidangan atau lauk pauk lain agar lebih sedap iaitu seperti makan bersama Sagol, ikan panggang, ayam panggang dan beberapa lagi makanan tradisional Bajau lain yang kebanyakkannya adalah makanan dari sumber makanan laut. Antara bahan untuk buat putu ialah :

Bahan-bahan :

01. Ubi kayu
02. Parutan


Cara penyediaannya :

01. Buang kulit ubi kayu
02. Cuci bersih ubi tersebut
03. Parut ubi kayu tersebut
04. Perah dan buang airnya
05. Kukus atau stim ubi yang diperah tadi 
06. Tunggu sehingga masak

Setelah masak, terpulang kepada anda untuk membentukkannya, ada yang biar ia seperti nasi, ada yang mampatkan menjadi bulat panjang dan diletak dalam plastik jernih. 
Putu mempunyai tekstur atau rupa bentuk yang kenyal dan sedikit melekit namun ia mempunyai rasa yang sedap, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama hidangan lain. 

Kini Putu bukan sahaja menjadi makanan untuk kaum Bajau, namun kaum lain di Sabah juga semakin ramai yang menyukai makanan ini. Maka tidak hairanlah semakin banyak Putu yang dijual dipasar malam di seluruh Sabah.

Nota :
Oleh kerana putu diperbuat daripada ubi, jadi anda tidak digalakkan untuk memakan putu atau piutu ini sambil minum air berkarbonat (bergas) sebab ianya mungkin menyebabkan perut anda akan merasa tidak selesa seperti kembung atau masuk angin.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan