Rafflesia Informartion Centre

Rafflesia Information Centre (Pusat Maklumat Rafflesia) merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak dalam daerah Tambunan Sabah iaitu 80 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu.

RAFFLESIA INFORMATION CENTRE




Rafflesia Information Centre adalah salah satu tempat menarik di Tambunan. Pusat Informasi ini terletak kira-kira 80 km dari Kota Kinabalu. untuk sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat tentang Bunga Rafflesia yang juga merupakan bunga terbesar didunia. Di sini pengunjung diberi penerangan lebih lanjut mengenai Bunga Rafflesia.

Selain daripada diberi penerangan, pengunjung juga akan diberi peluang berjalan didalam Hutan Simpan Rafflesia untuk mencari dan melihat Bunga Rafflesia kembang (jika anda bernasib baik datang pada waktu bunga tersebut kembang). Walaubagaimanapun pengunjung tidak dibenarkan berada didalam kawasan hutan ini selepas daripada jam 3.00 petang.


Untuk melawat ke pusat maklumat ini sebaiknya anda memandu kenderaan sendiri atau kalau tidak ada kereta sendiri bolehlah menyewa kenderaan (pastikan anda ada lesen). Ini adalah untuk memudahkan perjalanan anda pergi ke sini dan pulang semula ke lokasi anda.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 3 petang


Bayaran masuk :
Warganegara : RM 50.00
Bukan warganegara : RM 100.00

Bayaran masuk ke Pusat Maklumat Rafflesia adalah termasuk dengan bayaran untuk seorang penunjuk jalan. Seorang penunjuk jalan (guide atau renjer) mereka hanya boleh membawa 5 orang pengunjung atau pelawat sahaja dalam satu-satu masa. 

Nota :
Untuk yang ingin membuat penggambaran atau video Bunga Rafflesia kembang bagi tujuan komersial anda mungkin akan dikenakan bayaran yang tinggi iaitu sekitar RM3000. Anda boleh bertanya terlebih dahulu pada guide atau renjer yang membawa anda untuk kepastian.
 

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan