Ranau

Ranau merupakan salah satu daerah yang berada dalam Bahagian Pantai Barat Sabah dan ia mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan untuk ke sini dari pusat bandar Kota Kinabalu.

RANAU



Ranau merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di Pantai Barat Sabah. Perkataan Ranau dikatakan berasal dari perkataan 'Ranahon' yang bermaksud tempat atau kawasan sawah padi. Daerah Ranau mempunyai kawasan muka bumi yang bergunung ganang yang mana terdapatnya Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia. 

Daerah Ranau terletak dalam kawasan bergunung ganang yang mana ianya mempunyai cuaca sejuk yang memberi peluang kepada penduduk Ranau menjalankan aktiviti bercucuk tanam seperti menanam padi bukit, sawah padi, sayur-sayuran, bunga, dan buah-buahan yang sesuai untuk cuaca sejuk. Selain itu terdapat juga penanaman koko di daerah ini dengan luas kawasan tanaman koko tersebut sekitar 1838 hektar. 


Keluasan daerah Ranau adalah dianggarkan sekitar 3555.51 km persegi dan ia juga di gelar sebagai daerah pelancongan yang popular di negara ini kerana mempunyai beberapa tempat menarik yang dapat menarik pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini. Antara tempat menarik yang ada terdapat di daerah ini adalah seperti :

01. Gunung Kinabalu
02. Poring Hor Spring
03. Ladang lembu Mosilou
04. Lagenda Nunuk Ragang
05. Tagal Sungai Moroli
06. Taman Negara Kinabalu
07. Taman Peringatan Kundasang
08. Ladang Teh Sabah
09. Strawberry & Rose Garden
10. Air Terjun Kipungit & Langganan

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan