Sagol

Sagol merupakan salah satu makanan tradisional di negeri Sabah. Sagol merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Bajau terutama sekali yang tinggal di Pantai Kota Belud dan Pantai Timur Sabah.

SAGOL



Sagol merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia adalah makanan tradisional bagi suku kaum Bajau terutamanya suku kaum Bajau yang tinggal di Pantai Timur Sabah seperti di Semporna, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau serta di Pantai Barat seperti di Kota Belud. Sagol juga disebut dengan nama 'Sinagol' atau 'Siagol' yang bermaksud beberapa bahan yang dicampurkan.

Sebenarnya untuk membuat hidangan ini, ikan jenis apa pun boleh digunakan tetapi yang menjadi kegemaran suku kaum Bajau adalah seperti isi ikan yu dan ikan pari kerana rasanya yang cukup sedap apabila dimakan. Ia juga lebih mudah diperolehi di daerah Semporna.


Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk memasak atau pun membuat hidangan Sagol ini adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Isi ikan pari atau ikan yu
02. Kunyit
03. Bawang 
04. Minyak hati ikan
05. Serai
06. Cili (lada)
07. Perisa

Cara penyediaannya :

Ikan tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu dan membuang lapisan kasar pada kulit ikan tersebut dan asingkan isi ikan daripada tulang. Isi ikan yang telah dibersihkan akan dihancurkan kemudian akan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. 

Setelah itu tumis semua bahan lain seperti bawang, serai dan lada dalam kuali yang berisi minyak panas dan gaul sehingga warna bahan tersebut bertukar keperangan. Selepas itu masukkan isi ikan tadi yang telah dicampur kunyit dan tambah perisa secukup rasa.

Hidang ini boleh dibuat secara kering (tiada kuah) atau pun basah (berkuah). Dan untuk memberikan Sagol tersebut lebih sedap dan berperisa, biasanya ia di masak dengan menggunakan minyak hati ikan.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan