Sandakan Rainforest Park

Sandakan Rainforest Park merupakan salah sebuah tempat menarik di Sandakan. Taman ini terletak di Batu 5, Sandakan iaitu lebih kurang 10 km perjalanan dari Pusat Bandar Sandakan.

SANDAKAN RAINFOREST PARK






Sumber Gambar : Sandakanrfp

Sandakan Rainforest Park sebuah tempat menarik di Sabah yang terletak di daerah Sandakan. Taman ini mempunyai keluasan kawasan seluas 148.6 hektar dengan terdapat lebih kurang 110 spesis tumbuhan. Kepelbagaian hidupan tumbuh-tumbuhan menjadikan taman ini sebagai salah satu tempat sesuai untuk sesisi keluarga meluangkan masa dini sini ketika cuti atau hujung minggu sambil mengenali pelbagai jenis tumbuhan seperti bunga orkid.

Terdapat juga beberapa kemudahan disediakan kepada para pengunjung yang datang ke sini iaitu seperti kawasan tempat letak kereta, kawasan permainan termasuk padang, tandas, kawasan rekreasi dan trek jalan kaki atau joging.


Sekiranya anda ingin ke sini sebaiknya menaiki kenderaan sendiri atau kalau tidak ada kereta sendiri bolehlah menyewa kenderaan (pandu sendiri jika ada lesen). Ini adalah untuk dapat memudahkan lagi perjalanan anda pergi dan balik dari tempat ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sandakan Rainforest Park di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Sandakan Rainforest Park
D/A Forest Research Centre
Peti Surat 1407
Poskod 90715
Sandakan, Sabah.
Tel : +6089-531522 / +6089-536382
Faks : +6089-531068
Email : frcsabah@sabah.gov.my

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan