Sandakan

Sandakan merupakan salah sebuah Bahagian yang terletak di Pantai Timur Sabah. Bandar Sandakan adalah bandar kedua terbesar dan tersibuk di Sabah selepas Bandaraya Kota Kinabalu.  

SANDAKAN



Sandakan adalah salah satu Bahagian di Sabah yang terletak di Pantai Timur Sabah. Bandar Sandakan merupakan bandar yang kedua terbesar selepas Kota Kinabalu dengan keluasan 2266 km² dengan jumlah penduduk kini hampir lebih hampir sejuta orang. Sandakan juga mempunyai beberapa daerah-daerah kecil lain yang termasuk dalam pentadbirannya iaitu seperti :

01. Beluran
02. Kinabatangan
03. Telupid
04. Tongod

Pada awalnya Sandakan hanyalah merupakan sebuah kawasan perkampungan kecil yang dibuka pada 18 Jun 1879 serta terletak di Bahagian Teluk Muara dan dikenali dengan nama Buli Sim-Sim. Selepas kampung ini berkembang dengan pesat ia kemudiannya ditukarkan nama kepada 'Elopura' yang membawa maksud 'Bandar Yang Indah'. Nama ini diberi oleh perintis pembangunan bandar Sandakan yang juga Pengerusi British North Borneo Development Corporation pada masa itu iaitu William B. Pryer dan Selepas beberapa tahun nama Elopura ditukarkan kepada Sandakan.


Bandar Sandakan adalah bandar terawal dan tertua di Sabah yang mana bandar ini pernah menjadi Pusat Pentadbiran dan Ibu Negeri Borneo Utara semasa zaman British, namun selepas berlakunya Perang Dunia Kedua bandar Sandakan telah musnah dengan teruk akibat serangan tentera Jepun dan sukar untuk dipulihkan. Ini telah menyebabkan kerajaan British telah mengambil keputusan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Kota Kinabalu sekaligus menjadikan Kota Kinabalu sebagai Ibu Negeri Sabah.

Sandakan juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang iaitu ketika zaman pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945, dan salah satu peristiwa iaitu Kawad Maut Sandakan (Sandakan Death March) juga bermula di daerah ini. Tawanan perang tersebut telah diarah untuk berjalan kaki sejauh 260 km iaitu dari Sandakan ke Ranau.

Kini Sandakan mempunyai penduduk hampir sejuta orang dan telah diiktiraf sebagai sebuah Bandaraya Alam Semulajadi pada 18 Mei 2004. Sandakan juga merupakan bandar yang kedua paling sibuk selepas Kota Kinabalu kerana kedudukan Sandakan yang berada di Bahagian Teluk Sandakan telah menjadikan Sandakan salah sebuah pelabuhan yang begitu strategik untuk perkembangan ekonomi di negeri Sabah.

Terdapat beberapa tempat menarik di daerah Sandakan yang para pelancong dari dalam dan luar negara boleh lawati sekiranya datang ke daerah ini iaitu seperti :

01. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok
02. Agnes Keith House
03. Pulau Selingan
04. Labuk Bay Proboscis Monkey
05. Taman Buaya
06. Taman Peringatan Sandakan
07. Gua Gomantong
08. Air Terjun Bakong-Bakong
09. Air Terjun Imbak Canyon
10. Batu Tulug

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan