Semporna

Semporna merupakan salah sebuah daerah di Sabah yang terletak di sebelah Pantai Timur Sabah dan mempunyai banyak pulau yang cantik dan menarik. Semporna termasuk dalam Bahagian Tawau.

SEMPORNA


Sempona dikatakan mempunyai nama asal lain iaitu 'Tong Talun' yang membawa maksud 'Hujung Hutan' dalam istilah kaum Bajau kerana pada masa itu Semporna dipenuhi dengan hutan belantara yang tebal. Nama 'Tong Talun' ini kemudiannya ditukar kepada 'Semporna yang membawa maksud 'Tempat Yang Aman Damai'.

Semporna termasuk dalam Bahagian Tawau dan mempunyai keluasan kawasan kira-kira 113 ribu hektar dengan jumlah bilangan penduduk lebih daripada 120 ribu orang yang kebanyakkannya adalah dari suku kaum Bajau.


Selain itu Semporna juga mempunyai penduduk yang masih mengamalkan kehidupan berpindah randah atau disebut 'kaum nomad'. Kaum ini lebih dikenali dengan nama 'Palauh' di Semrpona dan mereka hanya tinggal di laut dalam perahu tradisional mereka. Kaum ini masih lagi wujud sehingga kini dan boleh dilihat di beberapa kawasan perairan Semporna.

Semporna sememangnya terkenal dengan tempat menarik seperti pulau-pulau peranginan yang menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Antara tempat menarik di Semporna adalah :

01. Pulau Sipadan
02. Bukit Tengkorak
03. Pulau Mabul
04. Pulau Pom-Pom
05. Pulau Kapalai
06. Pulau Bohey Dulang

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan