Sepilok Sandakan

Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini adalah Pusat Pemuliharaan dan Pemeliharaan Orang Utan dan terletak di Sandakan, Sabah.

SEPILOK SANDAKAN


Sumber Gambar : Wikimedia


Sumber Gambar : Sabahtourism

Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre merupakan salah sebuah tempat menarik di Sandakan yang boleh dikunjungi oleh orang ramai seperti penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke Sabah, terutama sekali ke daerah Sandakan. Sepilok adalah Pusat Pemuliharaan dan Pemeliharaan Orang Utan yang terletak terletak di dalam daerah Sandakan iaitu lebih kurang 24 km atau kira-kira 28 minit perjalanan menaiki kereta dari Bandar Sandakan dan lebih kurang 15 km atau kira-kira 17 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sandakan (Sandakan Airport). Pusat Pemuliharaan ini ditubuhkan sepenuhnya pada tahun 1964 dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan utama tujuan untuk memelihara dan memulihara Orang Utan yang tidak mempunyai ibubapa, cedera atau sakit dan yang terbiar kemudian dilepas semula ke dalam hutan.

Orang Utan yang terdapat di Sepilok Sandakan ini banyak yang diselamatkan dari kawasan hutan yang telah dibangunkan seperti di kawasan pembalakan dan perladangan. Selain itu terdapat juga Orang Utan yang telah diselamatkan daripada pemburu haram dan semua orang utan ini hanya akan dilepaskan semula ke dalam hutan apabila mereka telah menjadi lebih sihat dan mampu hidup dihutan sendiri. Sepilok terletak di dalam Hutan Simpan Kabili yang mempunyai keluasan lebih kurang 10,610 ekar dan terdapat juga Orang Utan yang telah dilepaskan ke dalam hutan ini, tetapi biasanya mereka akan datang ke tempat atau platform Orang Utan diberi makan mengikut masa-masa tertentu. Orang Utan di sini juga lebih jinak tetapi buat masa ini anda tidak tidak dibenarkan untuk menyentuh atau memegangnya, ini adalah bagi mengelakkan daripada Orang Utan tersebut terkena sebarang penyakit.


Pada masa kini terdapat lebih kurang 70 hingga 80 ekor Orang Utan yang hidup di hutan simpan ini. Pada bulan Oktober 2014, Sepilok telah membina satu kawasan untuk Orang Utan muda yang baru belajar cara kehidupan di hutan, contohnya seperti cara-cara memanjat, melompat dahan ke dahan dan sebagainya. Jadi ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri Orang Utan muda tersebut dengan lebih dekat dan jelas. Tempat melihat Orang Utan ada disediakan kerusi, kipas angin dan juga penghawa dingin, jadi anda dapat melihat Orang Utan tersebut dengan lebih tenang dan tanpa digigit oleh nyamuk seperti di dalam hutan.

Sekiranya anda ke Sepilok dan berjalan ke hutannya untuk melihat Orang Utan bermain di pokok dan juga ketika diberi makanan sebaiknya anda memakai pakaian yang sesuai seperti pakai seluar panjang, baju lengan panjang dan juga pakai kasut agar anda tidak mudah digigit oleh nyamuk sebab kawasan hutan selalunya memang akan ada banyak nyamuk. Kalau anda bawa kamera untuk ambil mengambil gambar Orang Utan biasanya akan dikenakan bayaran tetapi tidaklah mahal jika untuk tujuan peribadi sahaja. Lagi pun kalau ke sini dan tidak mengambil gambar rugi juga rasanya sebab tidak ada kenang-kenangan untuk dilihat pada masa akan datang.

Pelancong dari dalam dan luar negara yang datang ke Sepilok Sandakan tidak perlu risau sekiranya mahu cari tempat penginapan sebab dekat tempat ini pun ada terdapat penginapan, tapi terpulang pada anda jika mahu di sini atau menginap di hotel. Antara penginapan yang ada berhampiran dengan tempat Sepilok Sandakan ini ialah seperti :

Sepilok Jungle Resort  
Telefon : 089-533031
Faks : 089-533029

Sepilok Forest Edge Resort 
Telefon : 089-533190
Faks : 089-533245

Sepilok Rest House
Telefon : 089-534900 
Faks : 089-534800

Sepilok Nature Resort 
Telefon : 089-535001
Faks : 089-535002

Pengunjung atau pelancong yang ingin ke Pusat Orang Utan Sepilok adalah digalakkan untuk naik teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain sebab tidak ada pengangkutan awam seperti bas yang masuk ke dalam Sepilok. Kalau pelancong luar negara bolehlah menggunakan pakej yang ditawarkan ejen atau syarikat pelancongan yang berdaftar (pastikan ejen pelancongan tersebut sah berdaftar). Pilihan terbaik ialah menaiki kereta sendiri atau kalau tidak ada kereta sendiri boleh sewa kereta Sandakan.

Waktu operasi :

Isnin - Ahad (kecuali jumaat) :
9.00 pagi - 12.00 tengahari
2.00 petang - 4.00 petang

Jumaat
9.00 pagi - 11.00 pagi
2.00 petang - 4.00 petang

Waktu Orang Utan makan :
10 pagi dan 3 petang (anda boleh datang sekitar waktu ini sekiranya ingin melihat Orang Utan Sepilok diberikan makanan dengan lebih dekat lagi)

Bayaran masuk :
Warganegara (18 tahun ke atas) : RM5.00
Warganegara (18 tahun ke bawah) : RM5.00
Warga asing (18 tahun ke atas) : RM30.00
Warga asing (18 tahun ke bawah) : RM30.00

Bayaran kamera dan merakam video :
1. Kegunaan peribadi : RM10.00 seunit
2. Kegunaan komersial : RM1000.00 seunit

Bagi pengunjung yang datang ke Sepilok dengan tujuan menggunakan peralatan perfileman bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10,000.00 (sepuluh ribu) untuk tempoh tidak lebih dari 7 hari berturut-turut.

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre di alamat seperti berikut :

Alamat :
Jabatan Hidupan Liar Sabah
Batu 14, Jalan Labuk,
W.D.T 200, Sandakan,
Sabah, Malaysia.
Teleofon : 089-633 587
Website : Sabah Wildlife

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan