Signal Hill Kota Kinabalu

Signal Hill Observatory merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu. Tempat ini merupakan tempat yang tinggi untuk melihat pemandangan yang terletak di Pusat Bandar Kota Kinabalu

SIGNAL HILL OBSERVATORY PLATFORM





Signal Hill Observatory merupakan salah satu tempat menarik di pusat bandar Kota Kinabalu. Ia adalah sebuah tempat atau kawasan tinggi yang yang terletak di bandar Kota Kinabalu iaitu cuma lebih kurang 5-10 minit berjalan kaki sahaja. Di sini pengunjung dapat melihat pemandangan yang indah sekitar bandar Kota Kinabalu .

Selain dari melihat pemandangan bandar Kota Kinabalu, pengunjung juga boleh melihat pemandangan beberapa pulau kecil yang terletak di dalam Taman Tunku Abdul Rahman di perairan Kota Kinabalu. Tapi kalau mahu lebih menarik boleh datang pada waktu petang atau malam untuk melihat suasana atau pemandangan yang lebih menarik


Untuk ke sini pengunjung boleh berjalanan kaki (yang penting kuat stamina sebab berjalan naik bukit), kalau ada kereta sendiri boleh pandu sendiri, sebab bas tidak ada yang lalu ke kawasan ini. Pilihan lain adalah dengan menggunakan perkhidmatan teksi (tambang sekitar RM25.00) atau boleh juga menaiki perkhidmatan e-hailing yang lain.

Waktu operasi :
24 jam

Bayaran masuk :
Percuma

Nota :
Signal Observatory Platform atau Signal Hill Kota Kinabalu ini ditutup sehingga 23 September 2023 untuk kerja-kerja menaik taraf tempat ini. Apa-apa maklumat boleh rujuk FB Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan