Sinamu

Sinamu merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Sinamu juga adalah makanan yang sangat popular dikalangan suku kaum Rungus seperti di daerah Kudat dan Tenom, Sabah.

SINAMU



Sinamu adalah salah satu makanan tradisional di Sabah dan ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Rungus terutamnya yang tinggal di daerah Tenom dan Kudat, Sabah. Hidangan ini merupakan makanan yang berasaskan buah dan terkenal sebagai salah satu makanan pembuka selera. Buah yang digunakan adalah mengikut cita rasa atau pun selera masing-masing, tetapi lebih ramai yang gunakan mangga sebab rasanya yang lebih sedap dan lebih membuka selera.

Untuk membuat hidangan Sinamu ini ianya adalah amat mudah, cuma perlu beberapa bahan sahaja dan bahan tersebut juga amat mudah untuk diperolehi. Antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Sinarmu adalah seperti berikut :

Bahan 1 (buah) :

01. Buah Mangga
02. Buah Betik
03. Buah Nangka
04. Buah Bambangan atau Longgom


Bahan 2 (bahan perasa)

01. Garam
02. Lengkuas
03. Air panas
04. Buahan
05. Ikan bilis (tambah jika mahu)

Cara penyediaannya :

1. Pilih buah yang ingin digunakan dan pastikan buah tersebut adalah yang belum berapa masak lagi agar ianya lebih baik dan mudah untuk dijeruk. 

2. Potong buah tersebut mengikut kehendak atau cita rasa masing-masing macam mana saiz potongan yang anda mahukan begitu juga bentuknya.

3. Campurkan buah yang sudah dipotong dengan bahan-bahan lain seperti lengkuas yang sudah halus, garam, tambah buah lain sikit, air panas sikit dan boleh tambah ikan bilis sikit jika mahu.

4. Gaulkan buah dan semua bahan-bahan tadi sehingga sebagi dan simpan di mana-mana bekas yang boleh ditutup rapat agar tidak dihinggap lalat.

5. Biarkan beberapa jam, kemudian bolehlah dimakan bersama nasi dan lauk pauk yang lain untuk menambahkan lagi selera makan apabila makan jeruk ini. 

Nota :

1. Buah yang belum berapa masak boleh terus dijeruk kecuali buah nangka kerana buahnya agak keras untuk terus dimakan, jadi cara untuk menjeruk nangka ini supaya lembut sewaktu dimakan adalah merendamkannya dahulu dalam air panas ataupun air separuh masak dalam periuk untuk mengelakan cepat rosak dan membuatkannya menjadi lembut.

2. Garam yang digunakan untuk membuat sinamu adalah bertujuan agar jeruk ini dapat disimpan dalam jangka masa yang lama, dan biasanya garam yang digunakan adalah dalam kuantiti yang banyak.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan