Tabin Wildlife Reserve

Tabin Wildlife Reserve merupakan salah sebuah sebuah tempat menarik di Lahad Datu. Taman Hidupan Liar Tabin terletak di daerah Lahad Datu iaitu kira-kira 52 km dari pusat bandar Lahad Datu.

TABIN WILDLIFE RESERVE

Sumber Gambar : Borneopackages

Sumber Gambar : Sabah


Sumber Gambar : Sabah

Tabin Wildlife Reserve merupakan kawasan Rizab Hidupan Liar yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelas VII pada tahun 1984 dan merupakan kawasan Hutan Simpan paling besar di Sabah dengan keluasan kira-kira 120,520 hektar. Kawasan rizab ini merupakan kawasan Hutan Hujan Tropika yang mempunyai pelbagai flora dan fauna serta hidupan liar seperti Gajah, Badak Sumatera dan lain-lain lagi. Tujuan kawasan rizab ini diwujudkan adalah untuk memastikan hidupan liar seperti Gajah, Badak dan lain-lain terus dilindungi agar ianya tidak terancam dan pupus.

Pengunjung yang datang ke sini berpeluang melakukan pelbagai aktiviti antaranya seperti memerhati pelbagai jenis burung yang biasanya dilakukan pada waktu subuh kerana di kawasan ini burung keluar pada waktu tersebut untuk mencari makan. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti mandi lumpur gunung berapi (mud volcano) yang dikatakan ada kebaikan untuk kesihatan kulit.


Selain itu, pengunjung juga boleh melalukan aktiviti jungle trekking. Atau kalau suka berjalan pada waktu malam boleh lakukan night safari (ada guide yang akan membawa anda) untuk melihat hidupan liar di dalam Hutan Tabin. Dan yang pasti kalau sudah penat melakukan jungle trekking jangan lupa untuk ke Air Terjun Lipad (Lipad Waterfall) untuk berehat atau mandi.

Tabin Wildlife Reserve ini juga merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk para pelajar atau penyelidik untuk membuat penyelidikan mengenai kawasan Hutan Hujan Tropika dan Hidupan Liar di negeri Sabah.

Antara kemudahan yang disediakan di kawasan Rizab Hidupan Liar Tabin adalah seperti penginapan, makanan dan minuman, pemandu pelancong, pengangkutan dan asrama berkapasiti 40 orang untuk para pelajar yang membuat program pendidikan sejadi di Rezab Hidupan Liar Tabin ini.

Buat masa sekarang bayaran masuk ke Rizab Hidupan Liar Tabin adalah percuma namun pengunjung hendaklah menggunakan pakej pelancongan yang telah ada disediakan oleh pihak Tabin Wildlife untuk penginapan, makanan, pengankutan anda ketika berada di sini. 

Untuk seebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Tabin Wildlife Sdn Bhd di alamat seperti di bawah ini :

Alamat :
Tabin Wildlife Holidays Sdn Bhd
Lot 11-1, 1st Flr, Blk A, Damai Point,
Jln Damai, 88300 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 267266
Phone/Fax : +6088 258266
Website : https://tabinwildlife.com.my/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan