Taman Buaya Tuaran

Taman Buaya Tuaran merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Taman Buaya Tuaran ini ada menempatkan pelbagai jenis buaya dan terletak di Tuaran iaitu 32 km dari bandar Kota Kinabalu.

TAMAN BUAYA TUARAN




Taman Buaya Tuaran merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Kinabalu. Taman Buaya terletak di daerah Tuaran iaitu kira-kira 32km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu. Taman ini mempunyai keluasan kira-kira 11 ekar dan telah dibuka pada tahun 2005 yang menjadi tempat perlindungan lebih kurang 1000 ekor buaya ketika awal awal pembukaan. Kebanyakkan buaya yang ada di sini adalah spesis buaya tembaga yang boleh hidup di air tawar dan air masin. 

Selain daripada buaya, taman ini juga menempatkan beberapa jenis haiwan lain seperti ular, burung unta, rusa, monyet, ikan dan lain-lain lagi yang mampu menarik perhatian pengunjung atau pelancong untuk datang ke taman ini. Taman ini juga menyediakan beberapa kemudahan untuk pengunjung iaitu seperti tandas dan surau.


Pengunjung yang ingin datang ke Taman Buaya Tuaran ini boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu yang menuju ke Pekan Tuaran, kemudian dari Pekan Tuaran pengunjung menaiki bas ke Kampung Laya-Laya iaitu lokasi Taman Buaya tersebut. Pilihan lain boleh memandu sendiri, atau menyewa kenderaan untuk pandu sendiri (pastikan mempunyai lesen). Pengunjung juga boleh menaiki beberapa perkhidmatan e-hailing atau teksi tetapi kadar tambang mungkin lebih mahal sedikit. 

Waktu operasi :
Setiap hari : 8.30 pagi - 5.00 petang.

 
Waktu beri makanan setiap hari :
Buaya : 11.30 pagi, 1.00 petang, 3.30 petang dan 4.30 petang
Ikan Arapaima : 10.30 pagi
Monyet : 11.45 pagi dan 3.45 petang
Haiwan lain : 12.00 tengahari dan 4.00 petang


Waktu pertunjukan :
Isnin - Sabtu : 11.00 pagi dan 3.00 petang
Ahad & cuti umum : 11.00 pagi, 1.00 petang dan 3.00 petang
(kalau mahu tengok pertunjukkan atau persembahan buaya yang dibuat oleh pekerja taman ini bolehlah datang pada waktu berikut)

Bayaran masuk :
Warganegara dewasa : RM16.00
Warganegara kanak-kanak : RM8.00
Warganegara (Warga Emas) : RM14.00
Warganegara (OKU) : RM1.00
Bukan warganegara dewasa : RM30.00
Bukan warganegara kanak-kanak : RM20.00

Untuk sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Taman Buaya Tuaran di alamat seperti berikut :

Alamat :
Taman Buaya Tuaran
Jalan Sulaman, 
Tuaran, Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Telefon : 016-744 8622 

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan

  1. kepada pengurusan taman buaya tuaran.

    saya mempunyai seekor musang binturong jantan yang jinak dan berlesen. saya menawarkanya kepada taman buaya tuaran sebagai tarikan sampingan dengan harga yang berpatutan.

    saya juga mempunyai seekor musang pandan betina yang sangatx jinak, boleh dukung macam kucing.. saya terfikir ingin kahwinkannya dengan musang pandan jantan milik taman buaya tuaran.

    sekiranya berminat. hubungi saya di 014-5741940. saya Lt Kdr Lawrance liji TLDM menetap didalam base TLDM sepangar.

    BalasPadam

Catat Ulasan