Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau (Tawau Hill Park) merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Taman Bukit Tawau terletak di daerah Tawau Sabah iaitu jaraknya 24 km dari Pusat Bandar Tawau.

TAMAN BUKIT TAWAU



Sumber Gambar : Sabahtourism



Taman Bukit Tawau merupakan salah satu tempat menarik di Tawau yang semestinya dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam dan luar negara yang datang melancong ke daerah Tawau. Taman ini mula diwartakan pada tahun 1979, yang bertujuan sebagai kawasan tadahan hujan bagi Tawau. Taman ini terletak kira-kira 24 km dari pusat bandar Tawau dan mempunyai keluasan 27,972 km² kawasan hutan hujan tropika.

Kawasan hutan ini juga menjadi rumah atau kediaman kepada pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan. Selain itu terdapat pokok yang dianggap antara yang terbesar di dunia juga terletak di taman ini dan pelbagai jenis Bunga Orkid seperti Bunga Orkid Telinga Gajah. Bila berada di 
sini juga pengunjung atau pelancong boleh terus melawat ke Air Terjun Galas dan Mata Air Panas. 


Taman Bukit Tawau juga merupakan antara tempat yang sesuai untuk percutian seisi keluarga sambil menenangkan fikiran dari kesibukan kota sambil menikmati keindahan dan kehijauan hutan dan pelbagai jenis bunga. Selain itu di sini juga pengunjung boleh melihat pokok hutan tropika tertinggi di dunia dengan ketinggian 88.32 meter. Pokok ini adalah daripada spesies Seraya Kuning Siput (Shorea faquetiana) yang telah ditemui oleh saintis Amerika, Dr Roman Dial bersama dua rakannya pada tahun 2006.

Taman Bukit Tawau (Tawau Hill Park) mempunyai rupa bentuk muka bumi yang berbukit yang mana terdapat 3 puncak utama ketinggian yang amat sesuai untuk pengunjung yang berminat dengan aktiviti mendaki iaitu Gunung Magdalena dengan ketinggian 1310 meter, Gunung Lucia dengan ketinggian 1202 meter dan yang ketiga Gunung Maria dengan ketinggian 1083 meter.

Di sini juga terdapat beberapa kemudahan seperti restoran, penginapan atau chalet yang dikendalikan oleh Koperasi KOKTAS Sabah bagi pengunjung yang ingin melakukan akviti luar dan bermalam di taman ini.

Pengunjung yang ingin ke Taman Bukit Tawau boleh menaiki kenderaan sendiri, menyewa kereta, menaiki teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain. Sekiranya pengunjung memilih untuk menaiki teksi atau e-hailing pastikan untuk meminta teksi/-ehailing tersebut untuk buat penghantaran pergi dan balik kerana di kawasan taman ini sukar untuk mendapatkan pengangkutan.

Walaubagaimanapun pengunjung juga boleh menyewa kenderaan dari kaunter Taman Bukit Tawau (Tawau Hill Park) dan mereka akan sediakan kereta dari Koperasi KOKTAS Sabah Berhad untuk penghantaran pulang anda ke bandar Tawau dengan kadar tambang sekitar RM50.00.

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 3.30 petang

Bayaran masuk :
Warganegara 
Dewasa : RM3.00
Kanak-kanak : RM1.00

Warga asing :
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak : RM6.00

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Taman Bukit Tawau di alamat seperti berikut :

Alamat :
Ibu Pejabat 
Sabah Parks,
Block H, Level 1-5, Lot 45 & 46,
Signature Office, KK Times Square,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Telefon : +6088 523500
Website :
 sabahparks

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan