Taman Perdana Kota Kinabalu

Taman Perdana merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Taman ini sangat popular dan menjadi tempat menarik di Kota Kinabalu bagi pelawat sama ada dari dalam mahu pun luar negara.

TAMAN PERDANA KOTA KINABALU


Sumber Gambar : Sabahtourism



Taman Perdana adalah sebuah taman rekreasi untuk seisi keluarga untuk bercuti sambil berjalan-jalan. Taman ini terletak di Tanjung Aru iaitu kira-kira 6 km atau 10 minit perjalanan menaiki kenderaan dari pusat bandar Kota Kinabalu. Taman ini mula dibina pada tahun 2006, dan siap sepenuhnya serta dirasmikan pada 28 Januari 2011 oleh Perdana Menteri pada masa itu iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Taman ini juga menyediakan kemudahan untuk orang bersenam seperti trek untuk berjoging sejauh 2km dan kalau penat berjoging anda tidak perlu risau kerana di sini ada menyediakan air minum secara percuma (bukan dalam botol). Selain itu terdapart juga beberapa kemudahan lain iaitu seperti kerusi roda untuk orang kurang upaya, tempat letak kereta khas untuk orang kurang upaya dan kedai makan untuk pengunjung yang datang ke sini.


Namun apa yang paling menarik perhatian utama pengunjung untuk datang ke taman ini adalah kerana tamannya yang mempunyai persemabahan air pancur yang mana ianya memancurkan air mengikut masa dan rentak muzik yang dimainkan serta dihiasi dengan paparan visual berwarna warni yang sungguh cantik. Persembahan air pancur ini tiada pada waktu siang, biasanya ia hanya bermula sekitar jam 7 malam atau 7.30 sehingga tutup, tetapi bergantung pada keadaan.

Taman Perdana ini tidak jauh dari Pantai Tanjung Aru, jadi jika anda sudah penat bersiar di taman ini dan ingin menjamu selera, anda boleh terus ke restoran yang berhampiran dengan Pantai Tanjung Aru dan menikmati makan malam sambil menghirup udara atau tiupan angin laut yang sungguh segar.


Pengunjung yang ingin ke taman ini dari Kota Kinabalu boleh menaiki bas yang menuju ke Tanjung Aru atau boleh juga menaiki teksi tetapi dengan kadar tambang mungkin tinggi sikit. Pilihan lain anda boleh menggunakan perkhidmatan sewa kereta seperti e-hailing. Kalau ada kereta sendiri lebih baik lagi sebab boleh melawat ke kawasan menarik lain yang berdekatan dengan taman ini.

Waktu operasi :
Isnin - Khamis : 6.00 pagi - 10.00 malam
Jumaat - Ahad : 6.00 pagi - 10.30 malam

Bayaran masuk :
Percuma

Bayaran tempat letak kereta : 
Kereta biasa : RM2.00
Lori atau bas : RM3.00 

Nota :
Kawasan Taman Perdana ini merupakan kawasan larangan merokok. Oleh itu anda tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan taman ini.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan