Taman Peringatan Petagas

Taman Peringatan Petagas merupakan salah sebuah tempat menarik di Sabah. Taman Peringatan dibina bagi memperingati orang atau individu yang terkorban ketika menentang Jepun.

TAMAN PERINGATAN PETAGAS


Sumber Gambar : Wikimedia


Sumber Gambar : Wikimedia

Memorial Perang Petagas atau juga dipanggil Taman Peringatan Perang Petagas merupakan salah sebuah tempat menarik di Kota Kinabalu, ia adalah sebuah memorial perang bagi memperingati mangsa-mangsa yang telah terkorban demi mempertahankan Sabah menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Memorial Perang Petagas ini telah dibina pada tahun 1946, dan upacara untuk memperingati mangsa yang terkorban bermula sejak tahun 1948 dan upacara sambutan peringatan mangsa yang terkorban di buat setiap tahun pada tanggal 21 Januari, yang dihadiri beberapa pemimpin negeri Sabah dan ahli keluarga dan juga keturunan mangsa yang terkorban. 


Lokasi taman ini adalah merupakan lokasi sebenar mangsa-mangsa tersebut dikebumikan, 
khususnya lebih kurang 176 gerila Sabah yang dibunuh pada 21 Januari 1944 oleh tentera Jepun. Nama-nama mereka yang telah terkorban demi mempertahankan Sabah telah ditulis di tugu peringatan yang terletak di Taman Peringatan ini.

Taman ini terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (terminal 2) iaitu di daerah Putatan. 
Untuk ke Taman Peringatan Petagas ini, pengunjung boleh menaiki bas dari pusat bandar Kota Kinabalu. Selain itu pengunjung juga boleh menaik teksi ataupun perkhidmatan e-hailing yang lain. Kalau ada kereta bolehlah pandu sendiri untuk lebih mudah.

Bayaran masuk :
Percuma

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan