Taman Peringatan Sandakan

Taman Peringatan Sandakan merupakan salah sebuah tempat menarik di Sandakan. Taman ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, iaitu lebih kurang 11 km dari Pusat Bandar Sandakan, Sabah.

SANDAKAN MEMORIAL PARK







Sandakan Memorial Park (Taman Peringatan Sandakan) merupakan sebuah Taman Peringatan yang terletak di Batu 8, Taman Rimba Sandakan. Taman ini adalah tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong yang datang melancong ke Sabah khususnya di daerah Sandakan. Taman ini dibina bagi memperingati tentera Australia dan British yang telah terkorban sekitar bulan Januari hingga Ogos 1945 akibat daripada kawat maut (death march) dan kekejaman tentera Jepun di Kem POW Sandakan.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 2400 tahanan tentera Australia dan British yang terkorban pada masa itu. 
Di Taman Peringatan ini juga pengunjung akan dapat melihat beberapa muzium kecil yang dibina bagi memperingati beribu-ribu tentera Australia dan British yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua. Selain itu, pengunjung juga dapat melihat beberapa peralatan perang, dapur dan tempat simpanan makanan ketika Perang Dunia Kedua yang masih terdapat di Taman Peringatan Sandakan ini.


Taman Peringatan ini telah dibuka pada 18 Mac 1999 iaitu setelah termeterai satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Australia, pertubuhan bekas perajurit Returned & Services League Of Australia (RSL) dan pihak Majlis Perbandaran Sandakan pada tahun 1995.

Pengunjung atau pelancong yang ingin ke Taman Peringatan Sandakan boleh menaiki bas dari terminal bas di pusat bandar Sandakan atau menaiki teksi, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing yang lain atau boleh memandu kenderaan sendiri, kalau tiada kenderaan boleh menyewa kenderaan yang penting anda ada lesen memandu. 

Pada setiap tahun akan diadakan dua hari peringatan istimewa yang akan diadakan di kawasan Taman Peringatan Sandakan ini iaitu :
Hari Anzac : 25 April
Hari Memorial Sandakan : 15 Ogos

Waktu operasi :
Setiap hari : 8 pagi - 6 petang

Bayaran masuk :
Semua orang : Percuma

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan taman ini iaitu Majlis Perbandaran Sandakan di alamat berikut :

Alamat :
Majlis Perbandaran Sandakan
Peti Surat 221,
Poskod 90702, Sandakan
Sabah, Malaysia
Tel : +6089-275400 / +6089-217343
Faks : +6089-272112

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan