Tambunan

Tambunan merupakan salah sebuah daerah kecil yang terletak d Bahagian Pedalaman Negeri Sabah dan terletak lebih kurang jaraknya 80 km dari Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah.

TAMBUNAN

Kredit Gambar : xploresabah

Tambunan yang terletak di Pedalaman Negeri Sabah iaitu 81 km perjalanan dari Kota Kinabalu. Daerah ini mempunyai jumlah bilangan penduduk sekitar 30 ribu orang dan majoriti daripada penduduknya adalah dari suku kaum Kadazan-Dusun. Keluasan daerah pula adalah kira-kira 1300 km persegi dengan keadaan muka bumi yang berbukit bukau. 

Di daerah ini juga letaknya Banjaran Croker dan beberapa buah gunung yang menjadi pilihan pelancong untuk membuat pendakian iaitu seperti Gunung Wakid dan Gunung Trusmadi yang merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,642 meter dari aras laut.


Nama Tambunan dikatakan diambil daripada gabungan nama puak Tamadon dan juga puak Gombunan yang telah menang ketika pertempuan menentang musuh mereka dari puak Tonsundung. Perkataan 'Tam' diambil dari singkatan puak Tamadon manakala perkataan 'Bunan' pula diambil dari singkatan nama puak Gombunan dan akhirnya mewujudkan perkataan Tambunan. 
(Rujukan : http://ww2.sabah.gov.my/pd.tbn/v2/)

Kebanyakkan penduduk di daerah ini menjalankan aktiviti pertanian yang mana kebanyakkan tanah di kawasan ini yang ditanam dengan tanaman padi. Daerah ini juga merupakan salah satu daerah pelancongan kerana terdapat beberapa tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini. Antara tempat menarik tersebut adalah :

01. Gunung Trusmadi
02. Gunung Wakid
03. Tugu Peringatan Mat Salleh
04. Air Terjun Mahua
05. Rafflesia Information Centre
06. Sinurambi Tambunan
07. Muzium Mat Sator

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan