Tanjung Simpang Mengayau

Tanjung Simpang Mengayau merupakan salah satu tempat menarik di Sabah. Tempat ini sangat popular di negeri ini dan terletak di daerah Kudat iaitu lebih kurang 25 km dari bandar Kudat.

TANJUNG SIMPANG MENGAYAU


Sumber Gambar : Wikimedia


Sumber Gambar : Wikimedia

Tanjung Simpang Mengayau merupakan salah satu tempat menarik di Kudat, Sabah. Tanjung Simpang Mengayau dulu dikenali dengan nama Tanjung Sampang Mengazou yang merupakan bahasa suku kaum Rungus yang tinggal di Sabah. Selain itu tempat ini juga terkenal dengan panggilan Bahasa English iaitu dikenali dengan nama 'Tip Of Borneo'.

Pengunjung yang datang ke sini dapat menikmati satu pemandangan yang cukup terutama sekali melihat matahari terbit dan terbenam. Selain itu ada juga taman yang mana di situ terdapat tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar yang sebagai tanda kepada penghujung kepulauan Borneo. Di taman ini sememangnya cantik untuk pengunjung mengambil gambar berlatarbelakangkan laut yang luas terbentang dengan indah.


Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan berhampiran dengan kawasan Tanjung Simpang Mengayau ini, antara kemudahan yang ada ialah seperti kedai makan, kedai cenderamata, tandas awam, tapak letak kereta dan lain-lain lagi. Bagi yang datang dari jauh tidak perlu risau tentang penginapan sebab berhampiran dengan tempat ini juga ada beberapa chalet yang dibina oleh pengusaha tempatan, jadi anda boleh pilih untuk menginap di sini yang pemandangannya adalah menghadap ke arah laut yang cukup cantik lebih-lebih lagi pada waktu petang dan pagi. 

Pengunjung dari luar daerah Kudat yang ingin ke Tanjung Simpang Mengayau ini bolehlah memandu kereta sendiri, kalau tidak ada kereta sendiri boleh juga menyewa kereta (yang penting anda ada lesen memandu), ini adalah bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik anda sekaligus dapat melawat tempat menarik lain di daerah ini. Pilihan lain adalah menaiki bas dari Kota Kinabalu yang mungkin memakan masa lebih kurang 3 jam ataupun melalui ejen-ejen pelancongan yang sah berdaftar dan ada menyediakan pakej untuk melawat tempat menarik sekitar daerah Kudat. 

Tempat ini adalah kawasan awam, jadi tidak ada sebaraang bayaran yang dikenakan untuk masuk ke kawasan Tanjung Simpang Mengayau ini.

Nota :
Buat masa ini Tanjung Simpang mengayau ditutup buat sementara waktu untuk kunjungan orang ramai bagi tujuan kerja-kerja menaiktaraf kawasan ini. 

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan