Tapai Pulut Hitam

Tapai Pulut Hitam adalah salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan ini sangat popular di sebelah Pantai Timur Sabah terumanya di bahagian Kg. Paris Kinabatangan.

TAPAI PULUT HITAM



Tapai Pulut Hitam merupakan makanan tradisional di Sabah. Tapai Pulut Hitam sangat popular di kalangan suku kaum Bugis di Sabah, terutamanya sekali penduduk yang tinggal di Kampung Paris Kinabatangan, Sandakan.

Biasanya ia di masak dan dihidangkan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Antara bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk membuat hidangan Tapai Pulut Hitam adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Beras pulut hitam
02. Ragi
03. Pulut biasa
04. Daun pisang atau getah
05. Lidi


Cara penyediaannya :

01. Rendam pulut biasa semalaman
02. Rebus pulut hitam hingga separuh masak
03. Campurkan pulut biasa dan pulut hitam
04. Kukus sehingga masak
05. Campurkan ragi dan gaul
06. Bentuk boleh buat macam gambar
07. Setelah masak, bungkus guna daun pisang
08. Guna lidi sebagai pin daun pisang tersebut
09. Peram selama lebih kurang 3 hari

Peram didalam periuk atau apa-apa tempat dan bekas yang dibungkus dengan kain atau plastik. Selepas 3 hari barulah boleh makan Tapai Pulut Hitam tersebut.

Nota :
Hidangan Tapai Pulut Hitam ini tidak berapa digalakan untuk dimakan oleh ibu-ibu yang sedang hamil atau mengandung.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan