Tarian Adai-Adai

Tarian Adai-Adai merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian ini juga merupakan tarian tradisional bagi suku kaum Melayu-Brunei yang tinggal di Negeri Sabah. 

TARIAN ADAI-ADAI



Tarian Adai-Adai merupakan salah satu tarian tradisional suku kaum Melayu Brunei di Sabah. Tarian ini mengisahkan tentang kehidupan nelayan yang mana kaum lelaki akan pergi menangkap ikan dilaut dan kepulangan mereka akan dinantikan oleh kaum wanita di pantai untuk sama-sama mengutip hasil tangkapan dari laut.

Tarian ini banyak ditarikan atau dipersembahkan ketika majlis-majlis tertentu seperti majlis keramaian dan juga dalam persembahan kebudayaan. Tarian ini biasanya ditarikan oleh 4 hingga 5 orang pasangan lelaki dan wanita sambil diiringi iringan muzik. Ada kalanya tarian ini ditarikan tanpa menggunakan iringan muzik kerana irama muzik nanti akan terhasil sendiri melalui ketukan pendayung ke bahagian perahu.


Pakaian yang dipakai ketika menari juga sangat cantik dan berwarna warni yang mana ianya menonjolkan atau menggambarkan pakaian seorang nelayan iaitu penari lelaki akan menari sambil pegang dayung perahu dan memakai pakaian yang biasa diguna ke laut seperti topi, seluar yang panjangnya hanya sehingga paras betis dan juga kain pelikat yang disangkut di bahu. Penari wanita pula akan memakain pakaian seperti baju kebaya dan sarung sambil memegang nyiru iaitu alat untuk menampi padai cara tradisional.

Tarian ini juga dapat menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara untuk mempelajar atau mencuba tarian ini kerana suasana tarian yang berlatarbelakangkan suasana kampung yang penuh ketenangan.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan