Tarian Limbai

Tarian Limbai merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian ini merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Bajau di negeri Sabah seperti di daerah Kota Belud dan di daerah Pantai Timur Sabah.

TARIAN LIMBAI



Tarian Limbai merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Ia merupakan tarian bagi suku kaum Bajau di Sabah. Penari tarian ini juga biasanya akan memakai pakaian tradisional suku kaum Bajau yang berwarna warni berrsama perhiasan di atas kepala. Tarian Limbai banyak ditarikan oleh suku kaum Bajau terutama sekali dari sebelah Pantai Barat Sabah seperti di Kota Belud.

Tarian Limbai juga banyak ditarikan semasa majlis perkahwinan yang mana ianya adalah untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki yang datang ke rumah pihak pengantin perempuan. Ketika rombongan pihak pengantin lelaki sampai dihalaman rumah pihak pengantin perempuan mereka akan diminta berhenti sekejap untuk dipersembahkan Tarian Limbai sebelum pengantin lelaki naik ke rumah untuk majlis pernikahan.


Penari wanita biasanya akan memakai busana atau pakaian tradisi suku kaum Bajau yang disebut Serimpak dan selendang yang digerak seperti melambai sebagai tanda selamat datang kepada pengantin lelaki. Tarian ini juga akan ditarikan secara berpasangan iaitu lelaki dan wanita.

Tarian ini selalunya ditarikan sambil diiringi rentak muzik yang dimainkan dengan menggunakan set Kulintangan yang mempunyai saiz yang berlainan dan rentak muzik juga berbeza. Penari akan menari mengikut rentak muzik yang dimainkan, sekiranya rentak tersebut dilajukan maka penari juga akan menari ikut rentak muzik berkenaan.

Selain itu Tarian Limbai juga banyak dipersembahkan ketika majlis-majlis tertentu seperti majlis keramaian dan majlis persembahan kebudayaan yang mana ianya akan dapat memperkenalkan lagi tarian dan kebudayaan suku kaum Bajau kepada seluruh masyarakat dan pelancong dari luar negara.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan