Tarian Mongigol Sumundai

Tarian Mongigol Sumundai merupakan salah satu tarian tradisional di Sabah. Tarian ini adalah tarian tradisi bagi suku kaum Rungus di negeri Sabah seperti di daerah Kudat dan Tenom.

TARIAN MONGIGOL SUMUNDAI



Tarian Mongigol Sumundai adalah salah satu tarian tradisional di Sabah dan tarian ini adalah tradisional bagi suku kaum Rungus di Negeri Sabah. Tarian ini sememangnya sangat popular di sebelah utara Sabah seperti di daerah Kudat yang mempunyai majoriti penduduk dari suku kaum Rungus. Tarian ini merujuk kepada dua jenis tarian yang mana satu tarian akan ditarikan oleh kaum lelaki dan satu lagi tarian akan ditarikan kaum wanita.

Tarian yang biasanya ditarikan oleh kaum lelaki disebut sebagai 'Mongigol' manakala bagi tarian yang ditarikan atau dipersembahankan oleh wanita pula disebut 'Sumundai' sebab itulah nama tarian ini dikenali dengan nama Tarian Mongigol Sumundai.. Kedua-dua tarian ini akan di buat secara serentak atau bersama yang mana kaum lelaki akan berada di hadapan sambil diikuti oleh penari wanita yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang penari.


Biasanya Tarian Mongigol Sumundai ini akan dipersembahkan sambil diiringi dengan muzik daripada alat muzik tradisional suku kaum Rungus seperti Gong. Pemuzik yang memainkan alat muzik gong terdiri daripada beberapa orang mengikut kesesuaian atau keperluan bilangan gong yang digunakan. Antara nama Gong yang biasa digunakan adalah seperti :
01. Tinukul
02. Sandangau
03. Pompo
04. Soludon
05. Tontog
06. Tavag

Tarian ini selalunya akan dipersembahkan ketika menyambut majlis-majlis keramaian dan juga untuk persembahan kebudayaan agar dapat memperkenalkan lagi tarian tradisional suku kaum Rungus kepada seluruh masyarakat tidak kira sama ada penduduk tempatan di Sabah mahupun pelancong dari dalam atau luar negara. 

Tarian ini juga merupakan salah satu tarian yang mampu untuk menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara untuk mencuba menarikannya sambil sekaligus dapat mengenali dengan lebih lanjut mengenai kebudayaan suku kaum Rungus apabila mereka datang melancong ke Negeri Sabah.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan