Tawau

Tawau merupakan salah satu daripada 5 Bahagian yang terdapat di Sabah. Tawau terletak di sebelah Pantai Timur Sabah iaitu kira-kira 500 km dari Kota Kinabalu dan bandar ketiga terbesar di Sabah.

TAWAU


Tawau merupakan salah sebuah daerah atau bandar di negeri Sabah dan terletak di sebelah Pantai Timur Sabah. Ia bermula dari sebuah perkampungan nelayan yang kecil pada tahun 1890 yang mana kebanyakkan masyarakatnya pada ketika itu adalah dari suku kaum Tidung dan Suluk. Namun dikatakan sebelum tahun 1890 terdapat penempatan orang Islam dari suku kaum Tidung yang terletak di Kalabakan Tawau.

Pemerintahan British di Tawau bermula sekitar tahun 1898 apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) mula membuat penempatan mereka di Tawau seterusnya mewujudkan pentadbiran mereka. Oleh kerana Tawau pada masa itu berkongsi sempadan dengan Kalimantan yang berada di bawah pemerintahan Belanda, maka pihak British telah membuat beberapa langkah untuk menetapkan sempadan antara kedua-dua kawasan tersebut.


Pada tahun 1912 satu Suruhanjaya Sempadan telah diwujudkan yang terdiri daripada beberapa pegawai dari pihak British dan Belanda untuk menetapkan sempadan dan pada 17 Februari 1913 satu laporan telah disiapkan berserta dengan peta sempadan yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak British dan Belanda yang berada di Tawau. Laporan yang telah siap ditandatangan itu kemudiannya di bawa ke London untuk disahkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan British dan Belanda dan ia disahkan pada 28 September 1915.

Tawau kini semakin berkembang maju dan bandar Tawau juga merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Tawau mempunyai Lapangan Terbang yang membuat penerbangan Antarabangsa iatitu penerbangan terus dari Tawau ke Indonesia seperti ke Tarakan di Indonesia.


Selain itu Tawau juga mempunyai beberapa pusat pengajian seperti Institusi Pendidikan Guru atau dahulunya dikenali dengan nama Maktan Perguruan. Institusi Pendidikan Guru ini terletak 36 km dari pusat bandar Tawau dan siap dibina pada tahun 2004 dan juga UITM Kampus Tawau.

Tawau juga digelar sebagai 'Bumi Peladang', ini kerana sebahagian besar dari kawasan tanah daerah Tawau adalah kawasan perladangan yang banyak di tanam kelapa sawit dan koko. Penduduknya juga kebanyakkan bekerja di ladang kelapa sawit yang di miliki oleh syarikat besar seperti Sime Darby.


Tawau kini mempunyai jumlah penduduk lebih daripada 500 ribu orang dan mempunyai beberapa daerah kecil di bawah pentadbirannya seperti :

01. Semporna
02. Lahad Datu
03. Kunak

Daerah Tawau mempunya beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong dari dalam mahupun dari luar negara. Antara tempat menarik yang ada di Tawau adalah :

01. Taman Bukit Tawau
02. Teck Guan Cocoa Museum
03. Balung River Eco Resort
04. Menara Loceng 1898
05. Tugu Peringatan Kalabakan

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan