Teck Guan Cocoa Museum Tawau

Teck Guan Cocoa Village (Teck Guan Cocoa Museum) merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang terletak di daerah Tawau, Sabah iaitu kira-kira 45 minit perjalanan dari Bandar Tawau.

TECK GUAN COCOA MUSEUM




Teck Guan Cocoa Village atau juga Teck Guan Cocoa Museum merupakan sebuah Muzium Koko yang terletak di Bukit Quion iaitu kira-kira 45 minit perjalanan dari pusat bandar Tawau. Kampung/Muzium ini merupakan satu-satunya Perkampungan dan Muzium Koko yang terdapat di Malaysia dan ini akan dapat menarik lagi pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang melancong ke daerah Tawau.

Pengunjung atau pelancong yang datang melawat ke sini berpeluang uintuk melawat ke kilang koko dan dapat mengetahui bagaimana koko tersebut akan diproses. Di kilang tersebut juga pengunjung boleh membeli secara terus hasil atau produk-produk yang dihasilkan daripada koko tersebut seperti coklat dan lain-lain lagi yang sudah pasti memberikan anda satu pengalaman yang agak menarik.


Di sini juga pengunjung boleh mendaftar untuk trekking di perkampungan koko dan melihat air terjun dan juga berpeluang melihat batu Columnar Basalt semulajadi yang terdapat di sini. Pengunjung juga boleh bermalam di rumah penginapan cocoa (cocoa house) yang telah disediakan dan tidak perlu risau kalau lapar kerana anda boleh ke restoran atau tempat makan (cocoa cafe) yang juga ada di sini.

Pengunjung dari Tawau atau luar dari Tawau yang ingin ke sini bleh menaiki kenderaan sendiri, teksi atau perkhidmatan e-hailing yang lain. Selain itu anda juga boleh menyewa kenderaan untuk dipandu sendiri (sekiranya anda ada lesen) untuk memudahkan segala perjalanan pergi dan balik ke bandar Tawau.

Waktu operasi :
Jumaat, Sabtu, Ahad: 10 pagi - 5 petang

Bayaran masuk :
Dewasa : RM10.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM5.00
Kanak-kanak (2 tahun ke bawah) : Percuma

Sebarang pertanyaan atau pun maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak pengurusan Teck Guan Cocoal Village di alamat seperti berikut 
:

Alamat :
Teck Guan Cocoa Village
Bukit Quion, Batu 30,
Jalan Apas, 91000,
Tawau, Sabah
Telefon : 016-826 9579
Facebook : www.facebook.com/cocoavillagetawau/

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan