Telupid

Telupid merupakan salah satu daripada daerah yang terdapat disebelah Pantai Timur Negeri Sabah yang termasuk dalam Bahagian Sandakan iaitu kira-kira 130 km dari Bandar Sandakan, Sabah.

TELUPID

Kredit Gambar : Wikipedia

Telupid terletak kira-kira 130 km dari pusat bandar Sandakan dengan keluasan kawasan kira-kira 1935 km persegi. Telupid mula diduduki oleh suku kaum Dusun pada awal tahun 1940 dengan hanya sebagai sebuah perkampungan kecil sahaja.

Selepas Sabah merdeka dan menyertai penubuhan Malaysia, Telupid mula berkembang apabila dijadikan sebagai lokasi pentadbiran dan pengurusan bagi projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Telupid dan Ranau yang dikenali dengan nama Malaysia-Australia Road Project (MARP) pada tahun 1968. Ia merupakan projek kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Australia. Dengan jalinan kerjasama tersebut ianya telah membawa pembangunan yang amat ketara di daerah Telupid. Bangunan pejabat pentadbiran, kediaman dan lain-lain lagi telah mula dibina.


Nama asal Telupid dikatakan diambil dari nama sejenis pokok yang banyak tumbuh di sekitar Telupid yang dipanggil 'Apid-Apid' dalam bahasa Dusun. Pokok ini banyak diguna sebagai keperluan harian oleh penduduk telupid pada masa itu untuk aktiviti pertanian dan lain-lain lagi sehingga pokok tersebut menjadi begitu penting dalam kehidupan mereka. Akhirnya penduduk Telupid menamakan daerah ini sebagai Telupid.

Terdapat beberapa tempat menarik di sekitar Telupid yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke daerah ini. Antara tempat menarik tersebut adalah seperti :

01. Hutan Simpan Lipaso
02. Air Terjun Tawai
03. Air Terjun Imbak Canyon

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan