Tenom

Tenom merupakan salah sebuah daerah atau pekan di Sabah yang termasuk dalam Bahagian Pedalaman Sabah. Jarak Tenom dari Bandar Kota Kinabalu adalah lebih kurang 145 km.

TENOM


Kredit Gambar : pdtenom

Tenom merupakan salah satu daerah kecil atau pekan yang terdapat di Sabah dan terletak Bahagian Pedalaman. Pekan ini mula dibuka sekitar awal tahun 1900 oleh orang British yang mana mereka mula membuka Ladang Sapong dan Ladang Melalap. Pegawai pertama yang dilantik untuk mentadbir daerah Tenom pada ketika itu adalah orang Inggeris yang bernama M.C.M Weedon.

Bermula dari pembukaan Tenom pada tahun 1900 hingga 1904 nama daerah Tenom adalah 'Port Birch' yang diambil sempena nama Gabenor British iaitu Gabenor E.W.Birch dan selepas 1904 ianya ditukar kepada Tenom selepas siapnya pembinaan jalan Keretapi yang menghubungkan daerah Beaufort dan Tenom dari Melalap.


Walaubagaimanapun ada juga terdapat ahli sejarah yang mengatakan bahawa Tenom sebenarnya telah wujud sejak zaman prasejarah lagi kerana di ini ada dijumpai 'Batu Penukul' iaitu batu yang digunakan oleh orang zaman dahulu untuk memburu dan membuat pakaian.

Daerah ini mempunyai keluasan sekitar 2238 km atau 930 batu persegi dan kebanyakkan penduduk di sini adalah berkerja sebagai petani dengan banyak kawasan di sini yang di tanam dengan pokok getah, koko dan padi. Selain itu terdapat juga pokok kopi yang ditanam di daerah ini yang begitu popular dikalangan masyarakat atau penduduk negeri ini, kopi tersebut di panggil Kopi Tenom. 

Pada masa kini penduduk daerah ini keseluruhannya lebih daripada 100 ribu orang dan kebanyakkannya adalah dari suku kaum Murut. Etnik lain yang ada di di sini adalah seperti Kadazan-Dusun, Cina, Melayu dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak tempat menarik di sekitar daerah Tenom yang dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang melawat ke daerah ini. Antara tempat menarik di daerah Tenom adalah :

01. Taman Pertanian Tenom
02. Taman Orkid
03. Pusat Kebudayaan Murut
04. Air Terjun Sapang
05. Batu Berukir
06. Tugu Antanom
07. Pusat Kebudayaan

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

<< Back

Ulasan