Tonsom Bambangan

Tonsom Bambangan merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Makanan ini sememangnya sangat popular di kalangan suku kaum Kadazan-Dusun di Negeri Sabah.

TONSOM BAMBANGAN



Tonsom Bambangan merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Hidangan ini juga disebut dengan nama Jeruk Bambangan dan menjadi salah satu makanan tradisi yang cukup popular bagi suku kaum Kadazan-Dusun. Makanan ini adalah berupa jeruk jadi ianya boleh disimpan dan boleh bertahan lebih daripada seminggu.

Pada kebiasaannya Tonsom Bambangan yang muda akan dimakan bersama nasi dan sambal belacan, manakala jeruk Tonsom Bambangan yang telah masak akan dijadikan ulam yang dicampurkan bersama cili dan garam. Antara bahan yang biasa digunakan untuk membuat Tonsom Bambangan ini adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :

01. Buah Bambangan
02. Garam
03. Cili
04. Lobak Merah
05. Daun Bawang
06. Bawang Merah


Cara penyediannya :

01. Kupas kulit buah bambangan
02. Potong isi menjadi kecil-kecil (macam gambar)
03. Belah biji buah bambangan
04. Kupas selaput putih pada biji buah
05. Bersihkan dan parut 
06. Campurkan parutan tadi dengan isi buah
07. Campurkan keseluruhan bahan-bahan 
08. Peram selama lebih kurang 1 minggu

Selepas di peram selama seminggu bolehlah makan Tonsom Bambangan ini yang merupakan salah satu makanan pembuka selera. Pada masa kini ianya telah menjadi kegemaran seluruh masyarakat di Sabah tidak mengira kaum.

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan