Tuhau

Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Tuhau ini merupakan makanan tradisional yang sangat popular bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Negeri Sabah.

TUHAU



Tuhau merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Tuhau adalah makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun. Pokok Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di Kepulauan Borneo dan merupakan tumbuhan yang tidak mempunyai batang yang keras dan merupakan salah satu tumbuhan dari keluarga halia.

Di negeri Sabah, Pokok Tuhau banyak tumbuh di kawasan pedalaman seperti di daerah Tambunan, Ranau dan juga Keningau. ia juga banyak dijual di pasar tamu di seluruh negeri Sabah. Ia boleh dimakan begitu saja atau pun dibuat sebagai makanan tambahan.


Untuk membuat Tuhau, bahan yang digunakan tidaklah terlalu banyak, antara bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membuat Tuhau adalah :

Bahan-bahan :

01. Pokok Tuhau muda
02. Cuka
03. Garam
04. Limau Kasturi
05. Lada Padi
06. Lada Merah


Cara penyediaannya adalah :

01. Potong pokok tuhau muda dengan halus
02. Hiris lada merah halus-halus
03. Tumbuk lada padi hingga halus
04. Letakkan garam secukup rasa
05. Perahkan limau kasturi atau guna cuka
06. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati

Setelah semua bahan telah digaul sehingga sebati, maka Tuhau tersebut boleh sudah untuk dihidangkan atau di makan bersama nasi dan lauk pauk yang lain. Tuhau jenis ini juga biasa boleh bertahan dalam beberapa bulan jika ia di simpan di peti sejuk.

Nota :
1. Pastikan cuci bersih dulu tuhau yang dipetik
2. Simpan didalam bekas yang ada penutup
3. Letak dalam peti sejuk agar tahan lama

Lihat tempat menarik di Sabah klik sini
Lihat ruangan iklan klik sini

  
  

Ulasan